BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 16, 2009

Rahsia Kecantikan Dato' Siti Nurhaliza

Tentu ramai yang cemburu serta tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik kehalusan dan kemulusan kulit wajah Dato' Siti. Aku pun dulu tercari-cari gak ape produk yg dia guna utk wajah dia.. Akhirnya, aku berjaya juga menjumpai jenis-jenis produk yang digunakan oleh dato' siti untuk penjagaan kulit dan wajahnya.



Kalau nak tahu semuanya ada di dalam majalah InTrend keluaran pertama (Mei 2005) covernye Erra Fazira.







Ini adalah antara produk penjagaan wajah dan kulit yang digunakan oleh Dato' Siti :

- Pencuci, penyegar dan pelembab jenama Dermalogica.
- Eye make-up remover Loreal
- Cleansing milk Nivea
- Vaseline
- Vitamin E cream jenama Fruit Of The Earth
- Pil vitamin C 1000 jenama GNC Livewell
- Pil spirulina Elken
- Vitamin C Skin Boost The Body Shop


Siti Minum Jus Lobak Merah Dan Epal Untuk Kekal Cantik

UNTUK kekal cantik, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza minum jus epal bersama lobak merah setiap pagi dengan sarapan.

“Minum jus atau makan buah-buah seperti belimbing atau nenas adalah satu kemestian buat saya,” kata Siti dalam sebuah temu bual selepas program rakaman AC? kelmarin.

Selain itu, Siti juga mengambil kapsul antioksiden, vitamin dan CQ10 untuk kekal sihat.

“Suami saya juga tidak pernah terlepas untuk makan suplemen pada setiap pagi. Beliau lebih berdisiplin mengambil pil-pil sebelum bersenam berbanding saya kerana sudah biasa,” kata Siti yang mendirikan rumah tangga dengan Datuk Khalid Muhamad Jiwa tiga tahun lalu.

Menurut Siti lagi, rahsianya untuk kekal cantik adalah dengan setiasa berfikiran positif dan cuba meleraikan segala kekusutan dalam minda.

“Pasti ada jalan untuk sebarang masalah dan tiada guna kita tertekan kerana masalah yang kita hadapi,” jelas penyanyi yang berumur 30 tahun ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai soal anak, penyanyi ini hanya berserah kepada tuhan.

“Saya akan cuba sehingga saya dikurniakan anak dan berdoa. Tuhan tahu bila masa yang sesuai...,” ujar Siti lagi.

Tambah Siti, seorang wanita tidak lengkap selagi belum bergelar ibu tetapi sekarang beliau masih gembira.

“Sekarang ini pun tiada apa yang kurang kerana suami masih ‘manja’ dengan saya. Selagi tak ada anak kami akan berbulan madu,” kata penyanyi itu sambil tersenyum.

Menurut Siti, sebagai manusia kita hanya boleh merancang. Beliau sendiri walaupun pada mulanya ingin berundur dari dunia nyanyian selepas berkahwin pada tahun 2006, tetapi rezeki masih datang mencurah-curah.

“Saya akan terus aktif dalam bidang nyanyian sehingga ada rezeki(anak). Kalau dah ada, saya akan perlahankan aktiviti nyanyian,” jelas Siti.

Rumahnya tidak sunyi kerana ibu mertuanya tinggal bersama Siti serta suami. Malah anak-anak saudara sering menziarahinya.

Mengenai soal bertudung, Siti berkata biarlah beliau dengan caranya.

“Saya ada mendengar komen yang mengatakan cara saya menutup kepala saya tidak memenuhi tuntutan agama. Tetapi ini adalah diri saya yang sebenarnya dan saya selesa dengan berselendang,” jelas Siti.

Apabila ditanya apakah rancangannya untuk tahun 2010, penyanyi yang lunak suaranya berkata beliau ingin mencapai kejayaan yang lebih baik dari segala aspek.

“Saya ingin kesihatan dan kerjaya saya bertambah baik dan merancang untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan,” tambah Siti.

0 comments: