BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 18, 2010

Produk SimplySiti - Dato' Siti Nurhaliza

video

Video 1 : Lawatan Dato' Siti Nurhaliza ke Korea


video

Video 2 : Tips kecantikan Dato' Siti Nurhaliza

video

Video 3 : Temubual Dato' Siti Nurhaliza dengan The Star


6 Bulan Siti Guna Sendiri SimplySiti

credit to www.murai.com.my

Teks Oleh: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2010: Sudah sebulan penyanyi dan ikon no.1 Malaysi Dato' Siti Nurhaliza melancarkan rangkaian produk kecantikan SimplySiti, namun masih terdapat segelintir pihak yang meragui keberkesanannya.

Malah, timbul persoalan sejauh mana keyakinan Siti sendiri terhadap produk yang mengangkat jenama namanya sendiri itu dan adakah dia sendiri turut menggunakannya dalam kehidupan seharian?

Beliau yang ditemui di road shownya sempena produk pelancaran SimplySiti bersama-sama peminatnya di One Utama Damansara, kelmarin telah menjelaskan lebih lanjut persoalan tersebut.

"Orang lain Siti tak pasti tetapi apa yang pasti Siti sendiri yang menggunakan dan menguji produk yang diproses ketika R&D dijalankan keatas kulit Siti selama 6 bulan sebelum ianya berjaya dipasarkan kepada orang ramai.

"Siti sendiri juga yang lihat segala pembikinannya yang berjalan di Korea, jadi tak timbul kata Siti tidak memakai sendiri produk ini kerana Siti tak nak terjadi apa-apa kepada pengguna, akhirnya Siti juga akan menanggung risikonya kelak.

"Bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit kita," katanya.

Apabila ditanya mengapa Siti sanggup ke Korea untuk menggunakan khidmat ahli saintis di sana untuk produknya, Siti menjawab:

"Sepertimana yang kita tahu Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia, jadi tidak salah kita menggunakan kepakaran mereka untuk produk kecantikan di Malalysia.

"Kami mempunyai beberapa ahli saintis di Korea yang juga di bawa ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka paham masalah dialamai oleh wanita-wanita di Malaysia," katanya.

Jelas Siti lagi, dia juga ada merancang untuk membesarkan lagi pasaran produknya ke luar selepas beliau yakin dengan keluaran pertama produknya itu.

"Siti memang ada merancang untuk mengeluarkan produk-produk baru untuk Simply Siti ini, tetapi buat masa ini masih mahu menumpukan produk yang sedia ada ini sehingga ia betul-betul matang dan diterima oleh segenap golongan wanita diluar sana.

"Setakat ini Alhamdullilah Siti berpuas hati dengan jualan produk SimplySiti yang amat memberansangkan dan jualannya kini telah menembusi sasaran yang ditetapkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan," katanya.

Siti juga menjawab dengan ringkas mengenai dirinya kini sedang hamil memandangkan sering kelihatan tidak sihat di beberapa acara sejak akhir-akhir ini.

"Siti juga ada dengar semua khabar angin itu dan apa yang Siti boleh katakan Siti tidak hamil pun sama sekali", jawabnya dengan tegas.

Marie France Bodyline - Umie Aida

Umie Dipilih Duta Marie France Bodyline

credit to www.murai.com.my

Teks oleh: Syafiqah jalal

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2010: Biarpun dilihat mempunyai bentuk badan yang ideal serta sentiasa bersenam untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatannya, namun Datin Paduka Umie Aida mengakui dia sebenarnya mengalami masalah lebihan lemak di beberapa bahagian di tubuh badannya

"Memang ramai nampak saya seperti tiada masalah bentuk dan berat badan, tapi sebenarnya Umie mengalami masalah lebihan lemak yang terselindung di bebarapa bahagian badan saya dan ianya cukup degil untuk disusutkan walaupun Umie sering mengamalkan senaman.

"Bahagian-bahagian lemak yang degil untuk dihilangkan ini terdapat di lengan, peha dan perut tapi dengan Marie France Bodyline, masalah itu kini sudah dapat diatasi," kata Umie setelah diumumkan sebagai duta Marie France Bodyline di Restoran Sage, Gardens Mid Valley, baru-baru ini.

Dia yang dilamar produk pakar pelansingan badan dunia sekitar November tahun lepas sebelum berlangsungya majlis perkahwinannya dengan lelaki pilihan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ini turut kelihatan dengan perubahan ketara yang dilihat berlaku pada tubuh badannya itu. Lebih-lebih lagi bila ianya sudah menepati sasaran yang dia impikan.

"Marie France Bodyline memberikan saya apa yang diidamkan iaitu pendekatan yang menyeluruh dalam penurunan berat badan dan pembentukan tubuh. Rawatan mereka yang serba canggih membantu saya sempat mencapai berta badan yang diingini sebelum saya melangsungkan majlis perkahwinan saya baru-baru ini.

"Sebelum mengikuti program pelangsingan Marie France Bodyline ini, berat badan saya telah mencecah sehingga 57Kg. Tapi, sejak memulakan program bersama Marie France Bodyline, saya betul-betul gembira sebab ia berjaya mencapai penurunan sebanyak 5kg beserta 13.5 inci dalam tempoh dua bulan", jelasnya.

Pengurus Besar Marie France Bodyline Sdn Bhd, Joanne Yeong pula mempunyai pendapat dan alasan tersendiri mengapa Umie Aida menjadi pilihan pusat pakar pelansingan badan dunia itu.

"Pada waktu itu, kami dapat tahu Umie akan melangsungkan perkahwinan. Walaupun semua tahu orang sudah tahu yang Umie memiliki bentuk badan yang slim tetapi saya nampak terdapat sedikit masalah di beberapa bahagian di tubuh badannnya.

"Selain itu, kami berpendapat imej dan personaliti yang ditampilkan Umie jugasangat serasi serta sesuai dengan jenama Marie France Bodyline. Sebab itulah kami memilih dia dan kami cukup gembira apabila dia bersetuju untuk menjadi duta kami yang terbaru",katanya.

Umie yang kelihatan cantik dan menarik dengan kelangsingan badannya itu turut berkongsi beberapa pengalaman ketika menjalani program pelangsingan badan di Marie France Bodyline.

"Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih kepada Marie France Bodyline kerana memilih saya sebagai duta kepada pusat pakar pelangsingan badan ini. Mereka juga sentiasa sabar dan sangat flexible dengan jadual harian saya yang sentiasa padat dan sibuk.

"Dalam program pelangsingan ini saya cukup menggemari rawatan 'cool wrap'. Selalunya orang yang mahu cepat kurus akan menjalani mandi wap yang cukup panas. Tetapi, menerusi rawatan 'cool wrap' saya ditempatkan di dalam bilik yang sangat sejuk dan ia mampu menurunkan berat badan saya dengan cepat.

"Sepanjang saya menjalankan program pelangsingan ini, saya juga terpaksa berhentikan segala aktiviti sukan dan senaman selama 3 bulan. Pantang-pantang yang lain seperti baiasalah, saya harus disiplin dari segi pemakanan yang saya ambil dan paling penting mengambil makanan atau sarapan pada waktu pagi. Dan sepanjang program ini juga saya betul-betul dapat relaks dengan tidur serta yang paling penting ia tidak menyakitkan", kata Umie.

Perubahan bentuk badan Umie itu telah mendorong pihak Marie France Bodyline untuk menawarkan peluang kepada bakal pengantin untuk menang sambil kelihatan menawan pada hari perkahwinan melalui 'Peraduan Pengantin Sempurna'.

"Kepada pasangan yang berhasrat melansungkan majlis perkahwinan sepanjang bulan Oktober 2010 hingga Jun 2011, mereka ini digalakkan sangat menyertai 'Peraduan Pengantin Sempurna' yang mana kami akan memilih 3 peserta bertuah untuk menjalani program pelangsingan badan Marie France Bodyline menerusi pakej bernilai RM8,000",kata Joanne lagi.

Melaui peraduan ini peserta dengan penurunan berat badan yang paling tinggi akan memenangi peluang berbulan madu ke pulauan Maldives, voucher Marie France Bodyline bernilai RM3,333 dan sebuah pakej fotografi perkahwinan dari Keep Galery Wdding Studio bernilai RM4,988.

Pendaftaran peraduan kini dibuka dari 18 Mei hingga 18 Jun 2010. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mahu berdaftar, sila layari www.mariefrancebodylinecontest.com.my. Setiap peserta yang berdaftar akan menerima voucher Marie France Bodyline bernilai RM380.

Wednesday, June 16, 2010

Ada apa dalam beg Siti Nurhaliza?

Hmmmm.... ada apa dalam beg Siti Nurhaliza ek...? Kalau nak tau, jom kita saksikan video rancangan Fuhh! yang disiarkan oleh TV3 dalam segmen "selongkar!". Wah, mcm2 ye kak ct kita ni isi dalam beg dia, hehehe!!! :)


video

Friday, June 11, 2010

Demam... :(

Balik kampung je mesti demam... letih betul. Dalam demam2 pun sempat lagi aku gi buat "hair rebonding" hehehe... dah lama duk pendam tu yang buat appointment awal2 dgn salon :) kertas exam budak2 tak tanda lagi... bila la mood rajin aku ni nak datang. Esok kena gi pulak salon buat "hair treatment" pulak, dulu aku buat rebonding takde pulak kena gi buat treatment lepas 3 hari... hmmmm takpela asalkan rambut aku cantik dah la :) 3 hari dah ni tak basah rambut naik pening kepala aku ni... tak sabar nak gi salon esok nak cuci rambut. Semalam aku buat kerja gila lagi, drive keta kelisa (manual) ayah aku semata2 nak jumpa "dia". Kalau nak tau, aku ni penakut giler bawak keta manual... tak suka la gear2 ni... tersengguk2 je keta tu hahaha!!! Apa2 pun terubat rindu gak dpt tgk "dia" setelah berbulan2 tak jumpa. Hari ni "dia" kata nak call tapi tak call2 pun... mana ni, cepatla call :(

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan

Seronoknya berada di kampung halaman (Perlis). Dah lama tak berehat santai di rumah... kalau tiap2 hari macam ni kan best :) Nak tau apa aktiviti aku tiap2 hari? Lepak dalam bilik and online internet. Sekarang ni aku tengah giler dengan lagu "Hilangnya Cintamu" soundtrack film "Lagenda Budak Setan"... khayal je bila dengar lagu ni, terus tenggelam dalam lamunan :) Bila tengok trailer film ni, nampak mcm best je... aku terpesona dengan sinematografinya... ni yang tak sabar nak gi tengok hari Khamis ni :)





Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan