telah kuhitung telah kucongak... tiada lagi harapan untuk kasih bersemarak... impian kutinggalkan agar sirna bersama pawana... kubiarkan saja ia berlalu bersama mimpi yang tak pernah menjadi nyata... pintu realitiku bergendang diketuk dan tersedarlah aku dari lena.
♥ bayu berbisik lembut menyapa hati membuai rindu... desiran ombak berlagu syahdu bagaikan mengerti emosi yang bertamu... tika minda tertanya-tanya apa makna getar dan rasa, hati pula berkata-kata mungkin itu namanya cinta ♥
andainya bulan bicara sendiri, itu tandanya malam kesepian... andainya bintang resah menanti, pastinya malam dilanda kerinduan... andainya hati hiba dan sepi, adakah penawar mengubat kelukaan?
~ terdengar pekikan di puncak gunung, bergema amarah seluruh alam... sayunya tangisan di pinggir bukit, mengalir hiba ke muara yang sakit... biarpun dunia semakin kejam dan kelam bukan bererti selamanya suram... pasti nanti hadirnya suria menguntum senyum memujuk rasa menyinar cahaya membawa bahagia ~
Anak Sulung Rita Rudaini Peroleh Gred Cemerlang 3.99, Dedikasi Kejayaan
Buat Ibu Tersayang – ‘Ini Hadiah Hari Jadi Mommy’
-
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur diatas pencapaian cemerlang anak
sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin yang memperoleh gred tertinggi, 3.99
bagi...
1 hour ago