BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 27, 2010

Nak tahu apa lagi rahsia kecantikan Dato' Siti?



Semua orang impikan hidup yang bersemangat serta bertenaga tanpa mengira usia. Selebriti ikon Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza yang masih mengekalkan kejelitaannya dalam lingkungan usia 30an kelihatan lebih muda dan bertenaga dari usia sebenarnya.

Walaupun Dato’ Siti Nurhaliza memiliki wajah yang semulajadi cantik serta telah memahatkan namanya dalam carta emas seni muzik tempatan, beliau mengorak satu lagi langkah dalam bidang perniagaan dengan melabur untuk satu lagi produk kecantikan, Avita.

Dibuka di Malaysia dengan nama Sity Avita, beliau merupakan antara pengamal pengambilan Celergen, sejenis penokok antipenuaan dan terapi sel marin termaju dari Switzerland. Selain menggunakan produk penjagaan kulit jenama peribadinya, SimplySiti, beliau percaya bahawa kejelitaan dan keremajaan kulit berpunca daripada apa yang kita makan. Oleh itu sejak Jun 2009, Siti mengamalkan pengambilan produk tersebut.

Setelah mengambil Celergen selama lebih setahun, Siti mengalami kesan yang menakjubkan dan luar biasa termasuk peningkatan tahap tenaga, keserian wajahnya yang ketara serta kesihatannya secara keseluruhan yang bertambah baik.

Keyakinan serta semangat Siti menarik minat orang ramai untuk mengalami sendiri manafaat Celergen yang menakjubkan telah mendorong serta menggerakkan hatinya untuk menjadi rakan niaga dalam Sity Avita Sdn. Bhd.

Menggunakan nama Siti Nurhaliza dalam nama syarikat tersebut di Malaysia iaitu Sity Avita Sdn. Bhd., penyanyi nombor satu negara itu akui berbangga apabila syarikat induknya yang beroperasi di Singapura mahu menggunakan namanya.

"Ia merupakan persetujuan bersama dan Siti berbangga terlibat dalam pelaburan syarikat ini. Yang paling utama adalah produk tersebut yang meyakinkan." ujar Siti.

Walaupun Simply Siti baru berusia 8 bulan, namun tekad wanita bersuara emas itu dalam bidang perniagaan nampaknya bersungguh-sungguh. Janjinya, dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk kedua-dua bidang perniagaan tersebut kerana terbukti produknya amat berkesan. Menurutnya, antara rakan artis yang menggunakan produk tersebut ialah teman baiknya, Kris Dayanti.

"Kalau boleh Siti mahu kedua-duanya berjaya. Ia diakui sendiri oleh KD apabila dia menggunakan produk tersebut. Kata KD ia amat berkesan terutamanya bagi yang memerlukan tenaga yang lebih."

Yakin bidang nyanyian yang diceburinya sejak 15 tahun lalu belum tentu menjadi masa depannya, Siti percaya jika bakat yang ada itu diuruskan dengan baik akan memberikan pulangan yang besar sama seperti yang pernah beliau lalui.

“Ada dua pandangan. Siti sendiri melihat yang menyanyi itu memberikan jaminan yang baik untuk Siti kerana Siti telah melaluinya selama 15 tahun dan banyak kejayaan yang telah dicapai. Karier nyanyianlah yang banyak memberikan Siti kehidupan yang baik tetapi kena cara yang betul. Kita perlu tahu bagaimana untuk menguruskannya untuk menjadi satu cabang perniagaan yang baik.” ujar Siti.

“Tetapi sampai bila Siti harus menyanyi. Oleh itu apabila sampai satu ketika yang terbaik, Siti mengambil keputusan untuk menjadi ahli perniagaan dalam bidang kecantikan. Kita boleh mempelbagaikan karier dan pernigaan ini untuk kebaikan kita sendiri.” tambah Siti lagi.

Pembukaan rasmi Sity Avita Sdn. Bhd menandakan permulaan perkongsian yang menarik antara Siti Nurhaliza dan Avita. Syarikat global Avita mula beroperasi di Malaysia sejak awal 2008 dan sudah bertapak di rantau Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan bakal membuka cawangan di Indonesia tidak lama lagi.

Majlis perasmian berlangsung di premis Sity Avita Sdn. Bhd di Menara UOA, Bangsar, Kuala Lumpur awal pagi tadi.