BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 19, 2009

Petua

Hmmm... walaupun letih tapi mata ni x ngantuk2 lagi.. mcm ni la kalau dah asyik melayan facebook ngan blog hehe :) walau bagaimanapun citer aku skrg ni adalah mengenai petua.. seperti yang semua sedia maklum, nenek moyang kita dulu mewariskan pelbagai petua yang amat berguna untuk kehidupan seharian kita. Aku kalau bab-bab petua ni mmg seronok bercerita, nak2 pulak petua kecantikan huhuhu :p Ape2 yang dapat aku nyatakan di sini, petua-petua org dulu2 mmg bagus diamalkan kerana kebanyakkannya adalah dari sumber2 alam semulajadi. Antara petua-petua yang pernah aku amalkan dan boleh aku kongsi di sini ialah : -

Melembutkan rambut dan menyejukkan kepala.
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan juga bersama beberapa kuntum bunga raya. Masukkan ke dalam semangkuk air dan ramas daun serta bunga tersebut sehingga mengeluarkan lendirnya. Setelah itu, tapiskan air tadi supaya tidak bercampur dengan hampas daun tersebut dan sapukan air yang mengandungi lendir daun bunga raya tersebut ke rambut dan seluruh kulit kepala. Kemudian, balutkan kepala anda dengan tuala atau pun kain dan biarkan selama lebih kurang sejam. Setelah itu, cuci rambut anda untuk mengeluarkan sisa2 lendir daun bunga raya tadi. Amalkan 2 kali seminggu dan anda akan merasai perbezaannya dimana rambut anda akan menjadi lebih lembut dan juga menyejukkan kulit kepala.

Menghaluskan kulit wajah.
Ambil sedikit tepung pulut, campurkan dengan sedikit air. Gaul dan sebatikan bahan2 tadi agar tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Sapukan pada kulit muka anda sebagai masker sebelum anda tidur. Keesokkan paginya, bolehlah anda cuci masker tersebut dari wajah anda. Bilas dengan air secukupnya dan lapkan dengan tuala yang bersih. Amalkan sekali dalam seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dan bersih :)

Menghaluskan kulit badan.
Ambil secawan beras pulut dan digorengkan sehingga agak kekuningan. Beras yang digoreng tadi kemudiannya dikisar sehingga betul2 halus. Beras yang dikisar tersebut boleh digunakan ketika anda mandi dengan mencampurkannya bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan jadikan ia sebagai skrub badan. Gosok serta sental kekotoran juga daki2 di seluruh badan anda serta di bahagian kulit yang agak2 kasar seperti di siku, lutut dan tumit. Setelah itu bilas sisa-sisa skrub di badan anda dengan air dan bolehlah membersihkan tubuh anda dengan mandian yang selalu anda gunakan. Selepas selesai mandi, lapkan badan dan anda akan dapati kulit anda menjadi lebih bersih, halus dan lembut.

Menghilangkan jerawat di wajah.
Ambil sedikit tepung ubi kayu. Campurkan dengan sedikit air asam jawa dan sebatikan ia sehingga menjadi seperti adunan masker. Sapukan pada seluruh wajah anda. Bagi anda yang mempunyai jerawat yang agak banyak mungkin terasa sedikit pedih atau gatal2, bersabar kerana ianya adalah tindakbalas seketika sahaja. Setelah lebih kurang setengah jam dan masker tersebut kering, bilas wajah anda sehingga betul2 bersih. Amalkan sekali dalam seminggu dan anda akan merasai perubahannya.


Setakat ini dulu petua-petua yang dapat saya kongsi untuk hari ini... mata pun dah layu ni, dah ngantuk ni.. kita sambung lain kali yer dengan petua-petua yang lebih menarik.. selamat mlm, bye ;)

0 comments: