BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 18, 2010

Produk SimplySiti - Dato' Siti Nurhaliza


Video 1 : Lawatan Dato' Siti Nurhaliza ke Korea




Video 2 : Tips kecantikan Dato' Siti Nurhaliza



Video 3 : Temubual Dato' Siti Nurhaliza dengan The Star


6 Bulan Siti Guna Sendiri SimplySiti

credit to www.murai.com.my

Teks Oleh: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 10 MEI 2010: Sudah sebulan penyanyi dan ikon no.1 Malaysi Dato' Siti Nurhaliza melancarkan rangkaian produk kecantikan SimplySiti, namun masih terdapat segelintir pihak yang meragui keberkesanannya.

Malah, timbul persoalan sejauh mana keyakinan Siti sendiri terhadap produk yang mengangkat jenama namanya sendiri itu dan adakah dia sendiri turut menggunakannya dalam kehidupan seharian?

Beliau yang ditemui di road shownya sempena produk pelancaran SimplySiti bersama-sama peminatnya di One Utama Damansara, kelmarin telah menjelaskan lebih lanjut persoalan tersebut.

"Orang lain Siti tak pasti tetapi apa yang pasti Siti sendiri yang menggunakan dan menguji produk yang diproses ketika R&D dijalankan keatas kulit Siti selama 6 bulan sebelum ianya berjaya dipasarkan kepada orang ramai.

"Siti sendiri juga yang lihat segala pembikinannya yang berjalan di Korea, jadi tak timbul kata Siti tidak memakai sendiri produk ini kerana Siti tak nak terjadi apa-apa kepada pengguna, akhirnya Siti juga akan menanggung risikonya kelak.

"Bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit kita," katanya.

Apabila ditanya mengapa Siti sanggup ke Korea untuk menggunakan khidmat ahli saintis di sana untuk produknya, Siti menjawab:

"Sepertimana yang kita tahu Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia, jadi tidak salah kita menggunakan kepakaran mereka untuk produk kecantikan di Malalysia.

"Kami mempunyai beberapa ahli saintis di Korea yang juga di bawa ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka paham masalah dialamai oleh wanita-wanita di Malaysia," katanya.

Jelas Siti lagi, dia juga ada merancang untuk membesarkan lagi pasaran produknya ke luar selepas beliau yakin dengan keluaran pertama produknya itu.

"Siti memang ada merancang untuk mengeluarkan produk-produk baru untuk Simply Siti ini, tetapi buat masa ini masih mahu menumpukan produk yang sedia ada ini sehingga ia betul-betul matang dan diterima oleh segenap golongan wanita diluar sana.

"Setakat ini Alhamdullilah Siti berpuas hati dengan jualan produk SimplySiti yang amat memberansangkan dan jualannya kini telah menembusi sasaran yang ditetapkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan," katanya.

Siti juga menjawab dengan ringkas mengenai dirinya kini sedang hamil memandangkan sering kelihatan tidak sihat di beberapa acara sejak akhir-akhir ini.

"Siti juga ada dengar semua khabar angin itu dan apa yang Siti boleh katakan Siti tidak hamil pun sama sekali", jawabnya dengan tegas.

0 comments: