Umie Dipilih Duta Marie France Bodyline
Teks oleh: Syafiqah jalal
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2010: Biarpun dilihat mempunyai bentuk badan yang ideal serta sentiasa bersenam untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatannya, namun Datin Paduka Umie Aida mengakui dia sebenarnya mengalami masalah lebihan lemak di beberapa bahagian di tubuh badannya
"Memang ramai nampak saya seperti tiada masalah bentuk dan berat badan, tapi sebenarnya Umie mengalami masalah lebihan lemak yang terselindung di bebarapa bahagian badan saya dan ianya cukup degil untuk disusutkan walaupun Umie sering mengamalkan senaman.
"Bahagian-bahagian lemak yang degil untuk dihilangkan ini terdapat di lengan, peha dan perut tapi dengan Marie France Bodyline, masalah itu kini sudah dapat diatasi," kata Umie setelah diumumkan sebagai duta Marie France Bodyline di Restoran Sage, Gardens Mid Valley, baru-baru ini.
Dia yang dilamar produk pakar pelansingan badan dunia sekitar November tahun lepas sebelum berlangsungya majlis perkahwinannya dengan lelaki pilihan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, ini turut kelihatan dengan perubahan ketara yang dilihat berlaku pada tubuh badannya itu. Lebih-lebih lagi bila ianya sudah menepati sasaran yang dia impikan.
"Marie France Bodyline memberikan saya apa yang diidamkan iaitu pendekatan yang menyeluruh dalam penurunan berat badan dan pembentukan tubuh. Rawatan mereka yang serba canggih membantu saya sempat mencapai berta badan yang diingini sebelum saya melangsungkan majlis perkahwinan saya baru-baru ini.
"Sebelum mengikuti program pelangsingan Marie France Bodyline ini, berat badan saya telah mencecah sehingga 57Kg. Tapi, sejak memulakan program bersama Marie France Bodyline, saya betul-betul gembira sebab ia berjaya mencapai penurunan sebanyak 5kg beserta 13.5 inci dalam tempoh dua bulan", jelasnya.
Pengurus Besar Marie France Bodyline Sdn Bhd, Joanne Yeong pula mempunyai pendapat dan alasan tersendiri mengapa Umie Aida menjadi pilihan pusat pakar pelansingan badan dunia itu.
"Pada waktu itu, kami dapat tahu Umie akan melangsungkan perkahwinan. Walaupun semua tahu orang sudah tahu yang Umie memiliki bentuk badan yang slim tetapi saya nampak terdapat sedikit masalah di beberapa bahagian di tubuh badannnya.
"Selain itu, kami berpendapat imej dan personaliti yang ditampilkan Umie jugasangat serasi serta sesuai dengan jenama Marie France Bodyline. Sebab itulah kami memilih dia dan kami cukup gembira apabila dia bersetuju untuk menjadi duta kami yang terbaru",katanya.
Umie yang kelihatan cantik dan menarik dengan kelangsingan badannya itu turut berkongsi beberapa pengalaman ketika menjalani program pelangsingan badan di Marie France Bodyline.
"Mula-mula saya nak ucapkan terima kasih kepada Marie France Bodyline kerana memilih saya sebagai duta kepada pusat pakar pelangsingan badan ini. Mereka juga sentiasa sabar dan sangat flexible dengan jadual harian saya yang sentiasa padat dan sibuk.
"Dalam program pelangsingan ini saya cukup menggemari rawatan 'cool wrap'. Selalunya orang yang mahu cepat kurus akan menjalani mandi wap yang cukup panas. Tetapi, menerusi rawatan 'cool wrap' saya ditempatkan di dalam bilik yang sangat sejuk dan ia mampu menurunkan berat badan saya dengan cepat.
"Sepanjang saya menjalankan program pelangsingan ini, saya juga terpaksa berhentikan segala aktiviti sukan dan senaman selama 3 bulan. Pantang-pantang yang lain seperti baiasalah, saya harus disiplin dari segi pemakanan yang saya ambil dan paling penting mengambil makanan atau sarapan pada waktu pagi. Dan sepanjang program ini juga saya betul-betul dapat relaks dengan tidur serta yang paling penting ia tidak menyakitkan", kata Umie.
Perubahan bentuk badan Umie itu telah mendorong pihak Marie France Bodyline untuk menawarkan peluang kepada bakal pengantin untuk menang sambil kelihatan menawan pada hari perkahwinan melalui 'Peraduan Pengantin Sempurna'.
"Kepada pasangan yang berhasrat melansungkan majlis perkahwinan sepanjang bulan Oktober 2010 hingga Jun 2011, mereka ini digalakkan sangat menyertai 'Peraduan Pengantin Sempurna' yang mana kami akan memilih 3 peserta bertuah untuk menjalani program pelangsingan badan Marie France Bodyline menerusi pakej bernilai RM8,000",kata Joanne lagi.
Melaui peraduan ini peserta dengan penurunan berat badan yang paling tinggi akan memenangi peluang berbulan madu ke pulauan Maldives, voucher Marie France Bodyline bernilai RM3,333 dan sebuah pakej fotografi perkahwinan dari Keep Galery Wdding Studio bernilai RM4,988.
Pendaftaran peraduan kini dibuka dari 18 Mei hingga 18 Jun 2010. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mahu berdaftar, sila layari www.mariefrancebodylinecontest.com.my. Setiap peserta yang berdaftar akan menerima voucher Marie France Bodyline bernilai RM380.
0 comments:
Post a Comment