Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.
[VIDEO] Tiz Zaqyah Rancang Kahwin Tahun Depan, Kenalan Sejak Kecil Jadi
Pilihan Hati – ‘Bila Tiba Masanya Saya Buat Pengumuman Rasmi’
-
Pelakon Tiz Zaqyah mendedahkan bakal menamatkan zaman bujangnya tahun depan
bersama pilihan hati yang merupakan kenalan sejak kecil. Artikel Berkaitan:
T...
1 hour ago
