Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.
‘Saya Minta Maaf Sekiranya Senyuman Ini Membuatkan Ramai Gembira Dengan
Memutar Belitkan Perkara Yang Tiada Asasnya’ – Aliff Aziz
-
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa kesal apabila terdapat pihak
yang didakwa dengan sengaja mengambil kesempatan terhadap isu rumah
tangganya...
1 hour ago