Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.
Sering Diasak Soal Zuriat Selepas 6 Bulan Berkahwin, Nabila Razali Tak
Cepat Melenting – ‘Saya Jawab Baik-Baik Saja’
-
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memberitahu dia tidak dapat mengelak
daripada pertanyaan mengenai zuriat selepas lebih enam bulan mendirikan
rumah ta...
1 hour ago