Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.
Guru Agama Di Kelantan Didakwa Liwat Tiga Pelajar Tahfiz Sejak 2 Tahun Lalu
-
Sekadar gambar hiasan Seorang guru agama ditahan reman selepas didakwa
meliwat tiga pelajar tahfiz di Kelantan sejak dua tahun lalu. Guru didakwa
liwat p...
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment