BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, March 20, 2009

Mee Goreng

Hari ni awal2 lagi aku dah bangun... lepas mandi dan solat aku terus ke dapur... ayah aku baru balik dari pasar.. ayah beli mee hari ni, so aku pun apa lagi mula lah menunjukkan kepakaran di dapur yg tak seberapa ni... almaklumla chef x bertauliah...hehe:) Hari ni aku masak mee goreng... Mula2 aku sediakan semua bahan2 yg sepatutnya.. selepas tu sesi hiris-menghiris.. potong-memtong & cincang-mencincang bhn2 tu:) kemudian apa lagi mula la menumis & menggoreng... fuhh.. bau tumisan je dah buat adik2 aku terjaga hahaha... perasanla pulak.. setelah berhempas-pulas di dapur maka siap la mee goreng aku tadi... ermmm sedap... menyelerakan... dapat pujian lagi.. 5 star wooo!!! huhuhu :P Lepas makan aku gi tgk tv & baca paper hari ni.. lepas tu melayan anak buah aku pulak... Saffiya namanya... seronok betul melayan baby yg masih kecil ni... Saffiya baru nak masuk 3 bulan... dah pandai senyum.. gelak... membebel sorang2... ntah bahasa ape yg dia sebut pun tak tau.. hahaha :p Hmmm... tinggal lagi sehari aku kat kampung... Lusa dah nak balik Ipoh (IPG Ipoh)... mula la mood aku dah berubah, tak seceria masa baru balik 7 hari yg lepas...Terus terang aku katakan aku skrg bukan mcm dulu lagi... skrg aku dah tak suka tinggal di tempat orang... aku lebih selesa di tempat sendiri... Bukan kerana tak boleh menghadapi cabaran atau tak kuat tapi dalam putaran hidup setiap insan, pasti ada perubahan yang berlaku.. semakin meningkat usia dan semakin matang, tak boleh lagi nak bersuka ria..hoohaa-hoohaa mcm zmn remaja dulu. Kalau dulu selama 7 tahun aku di tempat orang (3 thn di Seremban & 4 thn di Kl).. hidup bersama teman2... bermacam2 pengalaman pahit manis yang aku lalui... bermacam2 kesusahan dan kepayahan yang terpaksa aku tempuhi, tapi aku seronok melaluinya bersama2 mereka...masa study kat Seremban dulu, cuti semester 3 bulan, aku balik kampung 2 bulan je, bulan yg ketiga aku balik ke Seremban... waktu tu seronok hidup bersama teman2... tapi kini tidak lagi, aku rasa lebih aman, tenteram dan bahagia di tempat sendiri. Seronok bersama keluarga, saudara-mara juga rakan taulan di sini... dan tak lupa org tersayang di sini.. hehe :P Tapi, nak tak nak pun, lusa aku kena balik Ipoh juga demi masa depan dan kerjaya aku sebagai pendidik.. akan aku gagahi juga untuk lebih kurang 8 purnama lagi... Lepas abis blajar nanti, mula la pening pasal POSTING plak... Entah dimana aku akan ditempatkan nanti.. harap2 tak jauh dari Perlis.


Ni la rupa mee goreng aku... ni pun dah nak abis.. tadi satu
kuali penuh aku masak... hehehe sedap sgtla tu :P


Saffiya.... cak!!


Jom ikut makngah balik Ipoh..


Control cun la tu.. hihi:P


0 comments: