BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 24, 2009

Tension... Assignmen!!!!!!!

Banyaknyer assgmn.... pening kepala aku..
semuanya nak submit cepat2..
dahtu elaun pulak x dpt2 lagi... geram betul ngan maktab nih!!!!!!!!
Tolong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
rasa mcm nak balik kampung je :(

Friday, March 20, 2009

Mee Goreng

Hari ni awal2 lagi aku dah bangun... lepas mandi dan solat aku terus ke dapur... ayah aku baru balik dari pasar.. ayah beli mee hari ni, so aku pun apa lagi mula lah menunjukkan kepakaran di dapur yg tak seberapa ni... almaklumla chef x bertauliah...hehe:) Hari ni aku masak mee goreng... Mula2 aku sediakan semua bahan2 yg sepatutnya.. selepas tu sesi hiris-menghiris.. potong-memtong & cincang-mencincang bhn2 tu:) kemudian apa lagi mula la menumis & menggoreng... fuhh.. bau tumisan je dah buat adik2 aku terjaga hahaha... perasanla pulak.. setelah berhempas-pulas di dapur maka siap la mee goreng aku tadi... ermmm sedap... menyelerakan... dapat pujian lagi.. 5 star wooo!!! huhuhu :P Lepas makan aku gi tgk tv & baca paper hari ni.. lepas tu melayan anak buah aku pulak... Saffiya namanya... seronok betul melayan baby yg masih kecil ni... Saffiya baru nak masuk 3 bulan... dah pandai senyum.. gelak... membebel sorang2... ntah bahasa ape yg dia sebut pun tak tau.. hahaha :p Hmmm... tinggal lagi sehari aku kat kampung... Lusa dah nak balik Ipoh (IPG Ipoh)... mula la mood aku dah berubah, tak seceria masa baru balik 7 hari yg lepas...Terus terang aku katakan aku skrg bukan mcm dulu lagi... skrg aku dah tak suka tinggal di tempat orang... aku lebih selesa di tempat sendiri... Bukan kerana tak boleh menghadapi cabaran atau tak kuat tapi dalam putaran hidup setiap insan, pasti ada perubahan yang berlaku.. semakin meningkat usia dan semakin matang, tak boleh lagi nak bersuka ria..hoohaa-hoohaa mcm zmn remaja dulu. Kalau dulu selama 7 tahun aku di tempat orang (3 thn di Seremban & 4 thn di Kl).. hidup bersama teman2... bermacam2 pengalaman pahit manis yang aku lalui... bermacam2 kesusahan dan kepayahan yang terpaksa aku tempuhi, tapi aku seronok melaluinya bersama2 mereka...masa study kat Seremban dulu, cuti semester 3 bulan, aku balik kampung 2 bulan je, bulan yg ketiga aku balik ke Seremban... waktu tu seronok hidup bersama teman2... tapi kini tidak lagi, aku rasa lebih aman, tenteram dan bahagia di tempat sendiri. Seronok bersama keluarga, saudara-mara juga rakan taulan di sini... dan tak lupa org tersayang di sini.. hehe :P Tapi, nak tak nak pun, lusa aku kena balik Ipoh juga demi masa depan dan kerjaya aku sebagai pendidik.. akan aku gagahi juga untuk lebih kurang 8 purnama lagi... Lepas abis blajar nanti, mula la pening pasal POSTING plak... Entah dimana aku akan ditempatkan nanti.. harap2 tak jauh dari Perlis.


Ni la rupa mee goreng aku... ni pun dah nak abis.. tadi satu
kuali penuh aku masak... hehehe sedap sgtla tu :P


Saffiya.... cak!!


Jom ikut makngah balik Ipoh..


Control cun la tu.. hihi:P


Thursday, March 19, 2009

Cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah namun begitu amatlah rugi bagi mereka yang tidak pernah mengenal erti cinta kerana kenikmatannya tidak pernah dirasa.

Boring....

Hmmm.. hari ni aku tak tau nak buat pe... cuti seminggu.. assigmn berlambak2 tapi xde mood nak buat... hari ahad ni dah nak balik maktab (ipoh)... aku suka life di kampung (perlis negeri kesayanganku) hehehe... aman... tenteram.. tgk pohon2 yg menghijau di keliling rumah.. bunga2 yg mekar berkembang di sekitar laman... sejuk mata memandang. Rasa mcm tak nak balik ipoh je :( tapi apakan daya demi kerjaya akan kugagahi juga. Harap2 blog aku kali akan kekal aktif... hehehe coz sebelum nih penah buat tapi x penah update langsung.. kuikuikui :P