BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 13, 2011

Sahabat



Seperti masing-masing akan membawa haluan

Seperti akan adanya tangisan

Seperti akan adanya perpisahan

SAHABAT...

Entah mengapa air mataku terlalu cair untuk mengalir

Nyanyianku sayu seolah tidak berlagu

Syairku merintih sendu nan pilu

SAHABAT...

Inginku singkap memori lama

Dalam meniti hari-hari yang menjelma

Kau dan aku sentiasa bersama

Riangku tawamu saat kita gembira

Sedihku tangismu kala kita berduka

Segalanya bagaikan seia dan sekata

Namun kini...

Ada jurang walau jarak hanya sedepa

Ada batas di jalan yang serupa

Ada lorong tetapi laluannya berbeza

SAHABAT...

Andainya ada perpisahan di antara kita

Aku pasrah dan aku redha

Kerna ku tahu walau di mana sahaja kita berada

Ikatan yang utuh ini akan kekal dalam ingatan

Tetap segar dalam jiwa

SAHABAT...

Semoga kau tidak lupa

Kau, aku, KITA

Semalam, kini dan SELAMANYA

Terima kasih SAHABATKU.


Thursday, October 27, 2011

Krim Gamat Warisan Saju Langkawi


Kali ni aku nak kongsi citer pasal krim gamat Warisan Saju Langkawi ni. Dah tiga hari aku pakai krim ni kat muka aku yang penuh dengan ruam dan jerawat2 halus... Alhamdulillah ada perubahan sikit. Pada mulanya aku was2 gak nak guna krim ni, risau gak kalau2 berminyak, almaklumlah kulit aku ni mmg aktif sebagai 'saudagar minyak'... tapi, selepas aku sapu kat muka... wahhhh tak berminyak langsung!!! Bagus ni!!! Apa lagi, mood kerajinan aku pun semakin meningkat laaa... pagi petang siang malam aku pakai krim ni setiap kali lepas cuci muka... berkat kerajinan aku ni, dah nampak ruam dan jerawat halus di muka aku ni semakin berkurangan. harap2 lepas ni muka aku akan kembali normal dan semakin licin, halus mulus & gebuuuuu huhuhu!!! Thank you so much 'abg' coz belikan krim ni :)



Friday, September 9, 2011

Mungkin hari ini...


~ mungkin hari ini hati kita dilukai tetapi janganlah kita membenci... mungkin hari ini airmata kita mengalir tanpa henti tetapi janganlah kita terusan beremosi... mungkin hari ini senyuman kita tidak berseri lagi tetapi janganlah kita terasa hodohnya diri... kerna esok pasti ada penawar yang merawat lukanya hati, pasti ada jemari ikhlas mengesat airmata yang membasahi pipi dan pasti ada insan yang membuat senyuman kita berseri kembali ~

Thursday, July 14, 2011

Bicara...

Bicara pada angin lalu, bawalah kerinduan melayang ke angkasa, sebarkanlah kemana sahaja agar jatuh ke hamparan cinta... bicara pada lautan bergelora, pertahankan kesetiaan selamanya persis sang ombak menemani pantai, biarpun sering dilanda badai, takkan goyah hati yg dirantai... bicara pada pepohon nan rendang, moga berbunga kasih berbuah sayang, jadi tempat berteduh tika mentari memanah pandangan.. bicara & terus berbicara agar angan menjadi kenyataan.

Friday, July 1, 2011

Kembali Terjalin...

‎"Menyelak helaian semalam, tinta lalu berlagu syahdu... menyingkap memori silam, terlalu pantas ia bertamu... bisakah puisi-puisi indah berlagu pilu? benarkah madah yang gundah umpama resah yang tiada jemu? Oh pawana yang bertiup lembut... terbangkanlah lara yang tak pernah dijemput, pulangkan bahagia kerna tangan ini setia menyambut, satukan hati dan jiwa agar ikatan utuh bertaut"

Wednesday, June 8, 2011

NH Detoxlim Natural Clenx Tea


Ini adalah minuman rutin aku sekarang setiap hari... almaklumlah badan dah semakin montok... banyak jeans aku yang dah tak muat dan baju pun semakin ketat so, faham-faham sendiri la ye... teh ni diperkenalkan oleh 'seseorang yang paling istimewa' dalam hidupku... 'dia' pun amalkan minum teh ni... harap-harap berkesan la di samping mengamalkan diet sejak akhir2 ni... untuk permulaan memangla kerap ke tandas dalam sehari dua, lepas tu okey je, macam biasa. Tapi rasa puas sebab bila 'membuang' badan rasa ringan... lagi satu kena banyak minum air kosong la . Teh ni bagus sebab dia detoks kolon kita. Tak sabar nak tunggu sebulan nak tengok hasil dan keberkesanan teh dan diet aku ni... good luck to me hehe :) Kat bawah ni ada sedikit info kepada sesiapa yang berminat untuk mengamalkan teh ni dan satu lagi teh ni boleh didapati di farmasi-farmasi berhampiran anda, kalau nak senang cari je kat watson ke... guardian ke... atau mana2 farmasi la. Selamat mencuba ye :)

Introduction

Natural Clenx Tea™ is a high quality detox slimming tea made from 100 % natural organic green tea and herbs, with no laxatives, no added sugar and no side effects. It has been approved by the Ministry of Health Malaysia and is safe for consumption. It is certified HALAL by JAKIM and complies to international GMP production procedure standards.

Product Features

  • All natural and organic ingredients
  • Does not cause diarrhea
  • No diet needed
  • Prepared in sachets for your convenience
  • Recommended Consumption For Best Results

  • Consume 1 teabag daily after dinner for those who want to detox and maintain a slender figure.
  • Consume 2 teabags daily after lunch and dinner for those who are experiencing severe constipation or are overweight.
  • Product Functions

  • Reduces body weight and maintains an ideal body shape
  • Stimulates peristaltic bowel movement to remove excessive toxins, fat and cholesterol
  • Relieves constipation, flatulence and bloated tummy
  • Improves the functions of detoxification organs
  • Strengthens immunity
  • Improves face complexion
  • Promotes radiant beauty and health from within
  • The advantages of colon detoxifying

  • Lose weight and/ or control weight
  • Overcome or relieve constipation and improve bowel disorders
  • Prevent, eliminate and reduce frequency and intensity of headaches
  • Improve digestion and absorption of nutrients
  • Boost body immune function and reduce risk of infection
  • Purify the blood
  • Improve emotional health and stress tolerance
  • Regain mental sharpness and think more clearly
  • Achieve a sense of wellbeing
  • Achieve a clearer skin and radiant complexion
  • Improve sleep quality and feel more refreshed
  • Scavenge free radicals and remove toxins
  • Improve energy levels and restore vitality
  • Highly recommended for

  • Those with constipation or poor digestion problems
  • Those who have poor sleep quality
  • Those who get tired & exhausted easily
  • Those who easily fall in illness such as cough, flu and others
  • Monday, May 30, 2011

    Pandora di hati Siti

    pix_gal0
    Penyanyi Biarlah Rahsia kongsi minat bersama suami pilih aksesori charm dari koleksi Moments Habib Jewels

    MUNGKIN dulu pilihan aksesorinya terbatas, cukup sekadar mengenakan anting-anting sebagai pelengkap gaya glamour tatkala muncul di atas pentas.
    Namun selepas bergelar isteri kepada usahawan, Datuk Khalid Mohd Jiwa, perlahan-lahan minat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin terhadap aksesori semakin tumbuh.
    Semuanya kerana pengaruh suami yang begitu menitikberatkan penampilan, membuatkan anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu semakin mementingkan pilihan aksesori sesuai.

    Selain gemar mengumpul jam tangan berjenama mewah, Siti juga tertarik dengan rantai tangan ringkas dan comel tetapi menyerlahkan gaya moden.

    Tatkala ditawarkan Habib Jewels untuk menggayakan koleksi Moments daripada siri charm eksklusif, Pandora, Siti teruja menceritakan detik awal perkenalannya dengan jenama yang bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 itu.

    “Siti mengenali Pandora tahun lalu ketika bersama suami bercuti di Eropah. Suami membawa Siti ke sebuah butik yang menjual aksesori itu namun hati belum terdetik untuk memilikinya.
    “Ketika bercuti di Hong Kong, sekali lagi Siti mengunjungi butik Pandora dan mula tertawan dengan koleksinya yang comel serta menarik.

    “Melihat reka bentuknya yang bebas disesuaikan mengikut cita rasa sendiri, Siti terfikir mengapa tidak memilikinya bagi melengkapkan penampilan pada hari santai,” katanya yang ditemui di ruang pameran Habib Jewels di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Koleksi pertama rantai tangan Charm Pandora kata Siti, dibelinya bersama suami ketika mereka keluar bersantai di pusat beli belah, Pavilion, Kuala Lumpur.

    Siti akui, ketika berada di kaunter itu pancainderanya bagaikan dipukau dengan setiap rekaan charm yang dicadangkan kepadanya.

    Setiap satu charm yang dipilih melingkari pergelangan tangannya kata penyanyi Biarlah Rahsia ini, mempunyai makna tersendiri dalam kehidupannya.

    Paling istimewa, charm yang mempunyai abjad K iaitu permulaan nama suaminya yang dipilih Siti sendiri sebagai tanda ingatan terhadap suami.

    “Siti hampir rambang mata ketika mahu memilih kerana terlalu banyak charm yang menarik dan cantik. Setiap satunya begitu comel, membuat Siti leka menatap.

    “Istimewanya Pandora, si pemakai boleh membeli sedikit demi sedikit charm mengikut kesesuaian bajet sebelum ia lengkap menjadi sebuah aksesori yang menawan,” katanya.

    Setiap kali menatap rantai tangan itu Siti berkata, ia secara tidak langsung pantas membawanya mengimbas segala detik manis perjalanan yang dilaluinya bersama suami.

    Serasi dengan motto Pandora yang memberi penghargaan kepada wanita yang berjaya dalam karier dan kehidupan, memilikinya juga menjadi pelengkap kepada perjalanan hidup Siti sendiri.

    “Siti masih belum pandai dalam aspek pemilihan aksesori. Setiap kali jika menginginkan sesuatu koleksi, Siti akan datang bersama suami yang jauh lebih mahir dalam menilai kualiti aksesori pilihan.

    “Dia sentiasa memperkemaskan pengetahuannya mengenai setiap koleksi terkini, jadi selalunya apa yang Siti gayakan lebih kepada pilihan dan cita rasa suami.

    “Seperti rantai tangan Pandora ini, Siti lihat ia sebagai hadiah yang menyimpan pelbagai kenangan selama menjadi isteri.” katanya.

    Apa yang membuat Siti selesa, Pandora boleh digayakannya pada bila-bila masa dan mudah untuk disuai padan dengan persalinan kasual jika dia tidak terikat sebarang persembahan pentas.

    “Bagaimanapun, pilihan aksesori Siti akan berubah apabila menghadiri majlis makan malam atau jemputan rasmi. Sering Siti akan memilih aksesori daripada emas, permata atau berlian sebagai pelengkap gaya.

    “Tetapi jika terikat dengan persembahan pentas, Siti cuma memerlukan anting-anting bergaya mewah untuk menceriakan penampilan kerana persalinan sudah sarat,” katanya.

    Siti berkata, ketika remaja dulu dia selesa bergaya ringkas malah pemilihan aksesori kurang dititikberatkan kerana cenderung dengan suasana hidup yang aktif dan pantas.

    Bagaimanapun, perkahwinan dengan Khalid mengubah persepsinya terhadap aksesori. Ia tidak lagi dilihat sekadar pelengkap gaya, sebaliknya membantu menyerlahkan penampilannya di mata umum.

    “Banyak perkara mengenai kecantikan dan pemilihan aksesori bersesuaian yang Siti belajar daripada suami. Awal perkahwinan dulu, Siti gemar mengumpul jam tangan.

    “Kebetulan suami juga mempunyai minat yang sama, jadi kami berdua sering berkongsi pandangan. Kebelakangan ini Siti semakin tertarik dengan koleksi Pandora.

    “Ia boleh dipakai setiap hari dan nampak manis apabila digayakan. Lebih menarik kerana ia menyimpan memori yang tersendiri antara Siti dan suami membuatkan Siti tidak menolak untuk menambah lagi koleksi jenama ini,” katanya.

    Saturday, April 16, 2011

    nukilanku

    telah kuhitung telah kucongak... tiada lagi harapan untuk kasih bersemarak... impian kutinggalkan agar sirna bersama pawana... kubiarkan saja ia berlalu bersama mimpi yang tak pernah menjadi nyata... pintu realitiku bergendang diketuk dan tersedarlah aku dari lena.


    ♥ bayu berbisik lembut menyapa hati membuai rindu... desiran ombak berlagu syahdu bagaikan mengerti emosi yang bertamu... tika minda tertanya-tanya apa makna getar dan rasa, hati pula berkata-kata mungkin itu namanya cinta ♥


    andainya bulan bicara sendiri, itu tandanya malam kesepian... andainya bintang resah menanti, pastinya malam dilanda kerinduan... andainya hati hiba dan sepi, adakah penawar mengubat kelukaan?


    ‎~ terdengar pekikan di puncak gunung, bergema amarah seluruh alam... sayunya tangisan di pinggir bukit, mengalir hiba ke muara yang sakit... biarpun dunia semakin kejam dan kelam bukan bererti selamanya suram... pasti nanti hadirnya suria menguntum senyum memujuk rasa menyinar cahaya membawa bahagia ~

    Friday, March 4, 2011

    Pengemis Cinta...



    kadang-kadang keegoan terpaksa dilupakan kerana terlalu sayang....
    kadang-kadang kesedihan terpaksa diharungi kerana kasih yang mendalam...
    kadang-kadang kesunyian terpaksa ditempuhi kerana kerinduan yang tak pernah padam...
    mungkin ini harga bagi pengemis cinta dalam sebuah perhubungan...
    dan mungkin ini juga hakikat yang terpaksa dilalui walau setiap malamku ditemani tangisan.


    Saturday, February 5, 2011

    SimplySiti Gold Edition make over!!!



    Inilah hasilnya selepas menggunakan set kosmetik SimplySiti Gold Edition... okey tak? feeling2 Tokti le pulak hehehe :p

    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    V







    Wednesday, February 2, 2011

    Impianku... Semoga dimakbulkanNya, amin :)

    kena kumpul duit cepat2 ni... hehe :)


    Iphone 4


    Tag Heuer Aquaracer Quartz




    Suzuki Swift :)



    Tuesday, January 25, 2011

    Menyesal...

    Rasa menyesal x gi jumpa... padahal bukannye jauh sgt seksyen 9 tu... perasaan takut dan tak yakin tu yang menguasai diri... skrg baru rasa bersalah dan MENYESAL... rasa nak nangis, meraung sekuat hati... nape jadi camni... :(...

    Saturday, January 1, 2011

    Selamat Tahun Baru 2011


    Selamat tinggal 2010... kutinggalkan segala pengalaman manis dan pahit sebagai kenangan dalam sejarah kehidupan... 2011 mula membuka lembaran baru dan kehadirannya kutitipkan bersama doa, azam dan harapan agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Amin.