BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, December 25, 2009

Make Up Tutorial

Aku suka blajar teknik make-up, tapi takdela pro sgt mcm jurumekap profesional tu.. setakat make-up simple2 tu blehla, conteng skit2 hehe. Memang sejak kecik lagi aku suka melawa walaupun tak la secantik Siti Nurhaliza ke, Jessica Alba ke, Maya Karin ke.. tapi aku bersyukur dgn semua anugerah yang telah diberikan oleh Nya. Trend make-up yang aku suka applykan kat muka aku ni adalah yang simple, natural dan tak terlalu tebal. Aku suka tgk style make-up Maya Karin kala dia bergaya santai, nampak natural saja.. so sweet :) Selain dari tu, aku slalu gak melayari internet utk belajar teknik2 make-up ni.. kalau korang nak belajar make-up boleh la melayari laman youtube kegemaran aku ni http://www.youtube.com/user/MichellePhan . Thanks Michelle, I learned a lot of make-up technique from your video.

Thursday, December 24, 2009

Posting... Selangor juga

Pagi2 lg aku dikejutkan dgn sms dari Yana.. dia bgtau dia dpt Selangor dan dia bg no phone bhgn sekolah di KPM untuk tau posting mana. Berdebar2 gak aku pagi tadi sblm call. Pada mulanya aku call tak dapat, talian sibuk.. kali kedua call terus dapat. Akhirnya aku ke Selangor gak sama seperti rakan2 yg lain cuma sekolah je tak tau lagi. Kata org KPM tu, 29hb ni baru bleh call balik utk tau nama sekolah. Pening gak aku memikirkan sekolah mana yang akan ditempatkan. Memang betullah mimpi aku sblm ni, aku mimpi dpt Sabak Bernam, tup2 betul dpt Selangor tapi tak nak la Sabak Bernam, tak bleh nak shopping2 hahaha!!! Ke situ plak aku nih :p Kawan2 aku siap letak peta Selangor lagi dlm facebook, excited sungguh diorang ni hehehe... :) hmmm.. aku bgtau "dia" yg aku dpt Selangor so dia kata nak mintak tolong kwn di JPN Selangor utk adjustkan supaya aku dapat daerah Hulu Langat.. sekitar Ampang hingga Bangi atau Kajang. Katanya kalau aku dok sekitar tu senangla nak jumpa bila dia gi mesyuarat kat KL atau Putrajaya.. hmmm ntahlaa, harap2 perjalanan hidup aku yang seterusnya akan berjalan dengan lancar dan aku juga mengharapkan sinar kebahagiaan pada tahun 2010 ni, Amin.

Sunday, December 20, 2009

Jatuh lagi air mata ini..




Hari ni masih suram lagi hati ini.. bukan setakat suram tetapi sakit. Aku kesian kepada mereka yang tidak bersalah. Ya Allah Ya Tuhanku, buangkanlah segala kekeruhan yang melanda.. jernihkanlah ia agar ketenangan kembali bertandang. Sesungguhnya hanya Engkau yang maha mengetahui dan memahami segala-galanya. Amin.

Hari yang suram..



Hari ini terasa suram... walaupun bulan bersinar indah namun hati ini bagaikan pelita yang terpadam. Masa berlalu pergi tanpa sebuah pengertian. Aku seperti tidak bermaya menghabiskan setiap detik waktu yang sarat dengan suatu pengharapan... Ahhh, kenapa aku begitu lemah? Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan... Tidak sabar menunggu hari-hari yang mendatang.. Ingin sekali aku berdiri menongkah semua yang sering menghalang, ingin aku tegakkan kebenaran walaupun nyawa di hujung pedang. Biarpun gelap segenap ruang, namun kupercaya akan ada cahaya datang menyuluh membawa kemenangan.


Juayu
12.53 a.m.

Saturday, December 19, 2009

Petua

Hmmm... walaupun letih tapi mata ni x ngantuk2 lagi.. mcm ni la kalau dah asyik melayan facebook ngan blog hehe :) walau bagaimanapun citer aku skrg ni adalah mengenai petua.. seperti yang semua sedia maklum, nenek moyang kita dulu mewariskan pelbagai petua yang amat berguna untuk kehidupan seharian kita. Aku kalau bab-bab petua ni mmg seronok bercerita, nak2 pulak petua kecantikan huhuhu :p Ape2 yang dapat aku nyatakan di sini, petua-petua org dulu2 mmg bagus diamalkan kerana kebanyakkannya adalah dari sumber2 alam semulajadi. Antara petua-petua yang pernah aku amalkan dan boleh aku kongsi di sini ialah : -

Melembutkan rambut dan menyejukkan kepala.
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan juga bersama beberapa kuntum bunga raya. Masukkan ke dalam semangkuk air dan ramas daun serta bunga tersebut sehingga mengeluarkan lendirnya. Setelah itu, tapiskan air tadi supaya tidak bercampur dengan hampas daun tersebut dan sapukan air yang mengandungi lendir daun bunga raya tersebut ke rambut dan seluruh kulit kepala. Kemudian, balutkan kepala anda dengan tuala atau pun kain dan biarkan selama lebih kurang sejam. Setelah itu, cuci rambut anda untuk mengeluarkan sisa2 lendir daun bunga raya tadi. Amalkan 2 kali seminggu dan anda akan merasai perbezaannya dimana rambut anda akan menjadi lebih lembut dan juga menyejukkan kulit kepala.

Menghaluskan kulit wajah.
Ambil sedikit tepung pulut, campurkan dengan sedikit air. Gaul dan sebatikan bahan2 tadi agar tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Sapukan pada kulit muka anda sebagai masker sebelum anda tidur. Keesokkan paginya, bolehlah anda cuci masker tersebut dari wajah anda. Bilas dengan air secukupnya dan lapkan dengan tuala yang bersih. Amalkan sekali dalam seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang halus dan bersih :)

Menghaluskan kulit badan.
Ambil secawan beras pulut dan digorengkan sehingga agak kekuningan. Beras yang digoreng tadi kemudiannya dikisar sehingga betul2 halus. Beras yang dikisar tersebut boleh digunakan ketika anda mandi dengan mencampurkannya bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan bancuhan tadi ke seluruh badan dan jadikan ia sebagai skrub badan. Gosok serta sental kekotoran juga daki2 di seluruh badan anda serta di bahagian kulit yang agak2 kasar seperti di siku, lutut dan tumit. Setelah itu bilas sisa-sisa skrub di badan anda dengan air dan bolehlah membersihkan tubuh anda dengan mandian yang selalu anda gunakan. Selepas selesai mandi, lapkan badan dan anda akan dapati kulit anda menjadi lebih bersih, halus dan lembut.

Menghilangkan jerawat di wajah.
Ambil sedikit tepung ubi kayu. Campurkan dengan sedikit air asam jawa dan sebatikan ia sehingga menjadi seperti adunan masker. Sapukan pada seluruh wajah anda. Bagi anda yang mempunyai jerawat yang agak banyak mungkin terasa sedikit pedih atau gatal2, bersabar kerana ianya adalah tindakbalas seketika sahaja. Setelah lebih kurang setengah jam dan masker tersebut kering, bilas wajah anda sehingga betul2 bersih. Amalkan sekali dalam seminggu dan anda akan merasai perubahannya.


Setakat ini dulu petua-petua yang dapat saya kongsi untuk hari ini... mata pun dah layu ni, dah ngantuk ni.. kita sambung lain kali yer dengan petua-petua yang lebih menarik.. selamat mlm, bye ;)

Friday, December 18, 2009

Tips Kecantikan Dan Kesihatan




1. Minum banyak air... minum... minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?!


2. Bersenam! Baik utk kesihatan... elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.


3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan?


4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur... Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.


5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah... tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.


6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun... anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin... cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.


8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.


9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.


Okay?! Mudah bukan... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!



Hati Seorang Wanita



Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!