BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Puitis. Show all posts
Showing posts with label Puitis. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Sahabat



Seperti masing-masing akan membawa haluan

Seperti akan adanya tangisan

Seperti akan adanya perpisahan

SAHABAT...

Entah mengapa air mataku terlalu cair untuk mengalir

Nyanyianku sayu seolah tidak berlagu

Syairku merintih sendu nan pilu

SAHABAT...

Inginku singkap memori lama

Dalam meniti hari-hari yang menjelma

Kau dan aku sentiasa bersama

Riangku tawamu saat kita gembira

Sedihku tangismu kala kita berduka

Segalanya bagaikan seia dan sekata

Namun kini...

Ada jurang walau jarak hanya sedepa

Ada batas di jalan yang serupa

Ada lorong tetapi laluannya berbeza

SAHABAT...

Andainya ada perpisahan di antara kita

Aku pasrah dan aku redha

Kerna ku tahu walau di mana sahaja kita berada

Ikatan yang utuh ini akan kekal dalam ingatan

Tetap segar dalam jiwa

SAHABAT...

Semoga kau tidak lupa

Kau, aku, KITA

Semalam, kini dan SELAMANYA

Terima kasih SAHABATKU.


Friday, September 9, 2011

Mungkin hari ini...


~ mungkin hari ini hati kita dilukai tetapi janganlah kita membenci... mungkin hari ini airmata kita mengalir tanpa henti tetapi janganlah kita terusan beremosi... mungkin hari ini senyuman kita tidak berseri lagi tetapi janganlah kita terasa hodohnya diri... kerna esok pasti ada penawar yang merawat lukanya hati, pasti ada jemari ikhlas mengesat airmata yang membasahi pipi dan pasti ada insan yang membuat senyuman kita berseri kembali ~

Thursday, July 14, 2011

Bicara...

Bicara pada angin lalu, bawalah kerinduan melayang ke angkasa, sebarkanlah kemana sahaja agar jatuh ke hamparan cinta... bicara pada lautan bergelora, pertahankan kesetiaan selamanya persis sang ombak menemani pantai, biarpun sering dilanda badai, takkan goyah hati yg dirantai... bicara pada pepohon nan rendang, moga berbunga kasih berbuah sayang, jadi tempat berteduh tika mentari memanah pandangan.. bicara & terus berbicara agar angan menjadi kenyataan.

Friday, July 1, 2011

Kembali Terjalin...

‎"Menyelak helaian semalam, tinta lalu berlagu syahdu... menyingkap memori silam, terlalu pantas ia bertamu... bisakah puisi-puisi indah berlagu pilu? benarkah madah yang gundah umpama resah yang tiada jemu? Oh pawana yang bertiup lembut... terbangkanlah lara yang tak pernah dijemput, pulangkan bahagia kerna tangan ini setia menyambut, satukan hati dan jiwa agar ikatan utuh bertaut"

Friday, March 4, 2011

Pengemis Cinta...



kadang-kadang keegoan terpaksa dilupakan kerana terlalu sayang....
kadang-kadang kesedihan terpaksa diharungi kerana kasih yang mendalam...
kadang-kadang kesunyian terpaksa ditempuhi kerana kerinduan yang tak pernah padam...
mungkin ini harga bagi pengemis cinta dalam sebuah perhubungan...
dan mungkin ini juga hakikat yang terpaksa dilalui walau setiap malamku ditemani tangisan.


Saturday, December 4, 2010

Cinta, Rindu & Setia




Buat kekasihku,

Cintaku padamu luas, mampukah kau balas? Rinduku padamu banyak, bisakah kau congak? Setiaku padamu tak pernah putus, dapatkah kau rasa ianya tulus? Ia tergenggam dalam jiwaku nan dalam... Ia tenggelam dalam hatiku tidak terselam... Andai kau mengetahui apakah erti cintaku, rinduku dan setiaku padamu, pasti takkan kau betah walau sedetik meninggalkanku.


Saturday, September 18, 2010

Puisi Cinta - Illusi


Tiba2 je hari ni feeling semacam je dengar lagu ni...

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan

Seronoknya berada di kampung halaman (Perlis). Dah lama tak berehat santai di rumah... kalau tiap2 hari macam ni kan best :) Nak tau apa aktiviti aku tiap2 hari? Lepak dalam bilik and online internet. Sekarang ni aku tengah giler dengan lagu "Hilangnya Cintamu" soundtrack film "Lagenda Budak Setan"... khayal je bila dengar lagu ni, terus tenggelam dalam lamunan :) Bila tengok trailer film ni, nampak mcm best je... aku terpesona dengan sinematografinya... ni yang tak sabar nak gi tengok hari Khamis ni :)





Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.



Friday, December 18, 2009

Hati Seorang Wanita



Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Thursday, March 19, 2009

Cinta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah namun begitu amatlah rugi bagi mereka yang tidak pernah mengenal erti cinta kerana kenikmatannya tidak pernah dirasa.