
Hari ini terasa suram... walaupun bulan bersinar indah namun hati ini bagaikan pelita yang terpadam. Masa berlalu pergi tanpa sebuah pengertian. Aku seperti tidak bermaya menghabiskan setiap detik waktu yang sarat dengan suatu pengharapan... Ahhh, kenapa aku begitu lemah? Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan... Tidak sabar menunggu hari-hari yang mendatang.. Ingin sekali aku berdiri menongkah semua yang sering menghalang, ingin aku tegakkan kebenaran walaupun nyawa di hujung pedang. Biarpun gelap segenap ruang, namun kupercaya akan ada cahaya datang menyuluh membawa kemenangan.
Juayu
12.53 a.m.
Filem AI Pertama Untuk Pawagam Malaysia? Siluman: Dendam Harimau Jadian
Usaha Cipta Rekod ‘Malaysia Book Of Records’
-
Infinite Loop Media Sdn Bhd (ILM) tampil dengan sebuah projek filem yang
menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) secara menyeluruh menerusi
filem ya...
2 days ago

0 comments:
Post a Comment