BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Diri ini... Show all posts
Showing posts with label Diri ini... Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Sahabat



Seperti masing-masing akan membawa haluan

Seperti akan adanya tangisan

Seperti akan adanya perpisahan

SAHABAT...

Entah mengapa air mataku terlalu cair untuk mengalir

Nyanyianku sayu seolah tidak berlagu

Syairku merintih sendu nan pilu

SAHABAT...

Inginku singkap memori lama

Dalam meniti hari-hari yang menjelma

Kau dan aku sentiasa bersama

Riangku tawamu saat kita gembira

Sedihku tangismu kala kita berduka

Segalanya bagaikan seia dan sekata

Namun kini...

Ada jurang walau jarak hanya sedepa

Ada batas di jalan yang serupa

Ada lorong tetapi laluannya berbeza

SAHABAT...

Andainya ada perpisahan di antara kita

Aku pasrah dan aku redha

Kerna ku tahu walau di mana sahaja kita berada

Ikatan yang utuh ini akan kekal dalam ingatan

Tetap segar dalam jiwa

SAHABAT...

Semoga kau tidak lupa

Kau, aku, KITA

Semalam, kini dan SELAMANYA

Terima kasih SAHABATKU.


Friday, September 9, 2011

Mungkin hari ini...


~ mungkin hari ini hati kita dilukai tetapi janganlah kita membenci... mungkin hari ini airmata kita mengalir tanpa henti tetapi janganlah kita terusan beremosi... mungkin hari ini senyuman kita tidak berseri lagi tetapi janganlah kita terasa hodohnya diri... kerna esok pasti ada penawar yang merawat lukanya hati, pasti ada jemari ikhlas mengesat airmata yang membasahi pipi dan pasti ada insan yang membuat senyuman kita berseri kembali ~

Thursday, July 14, 2011

Bicara...

Bicara pada angin lalu, bawalah kerinduan melayang ke angkasa, sebarkanlah kemana sahaja agar jatuh ke hamparan cinta... bicara pada lautan bergelora, pertahankan kesetiaan selamanya persis sang ombak menemani pantai, biarpun sering dilanda badai, takkan goyah hati yg dirantai... bicara pada pepohon nan rendang, moga berbunga kasih berbuah sayang, jadi tempat berteduh tika mentari memanah pandangan.. bicara & terus berbicara agar angan menjadi kenyataan.

Friday, July 1, 2011

Kembali Terjalin...

‎"Menyelak helaian semalam, tinta lalu berlagu syahdu... menyingkap memori silam, terlalu pantas ia bertamu... bisakah puisi-puisi indah berlagu pilu? benarkah madah yang gundah umpama resah yang tiada jemu? Oh pawana yang bertiup lembut... terbangkanlah lara yang tak pernah dijemput, pulangkan bahagia kerna tangan ini setia menyambut, satukan hati dan jiwa agar ikatan utuh bertaut"

Friday, March 4, 2011

Pengemis Cinta...



kadang-kadang keegoan terpaksa dilupakan kerana terlalu sayang....
kadang-kadang kesedihan terpaksa diharungi kerana kasih yang mendalam...
kadang-kadang kesunyian terpaksa ditempuhi kerana kerinduan yang tak pernah padam...
mungkin ini harga bagi pengemis cinta dalam sebuah perhubungan...
dan mungkin ini juga hakikat yang terpaksa dilalui walau setiap malamku ditemani tangisan.


Saturday, February 5, 2011

SimplySiti Gold Edition make over!!!



Inilah hasilnya selepas menggunakan set kosmetik SimplySiti Gold Edition... okey tak? feeling2 Tokti le pulak hehehe :p

|
|
|
|
|
|
|
V







Wednesday, February 2, 2011

Impianku... Semoga dimakbulkanNya, amin :)

kena kumpul duit cepat2 ni... hehe :)


Iphone 4


Tag Heuer Aquaracer Quartz




Suzuki Swift :)



Tuesday, January 25, 2011

Menyesal...

Rasa menyesal x gi jumpa... padahal bukannye jauh sgt seksyen 9 tu... perasaan takut dan tak yakin tu yang menguasai diri... skrg baru rasa bersalah dan MENYESAL... rasa nak nangis, meraung sekuat hati... nape jadi camni... :(...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat tinggal 2010... kutinggalkan segala pengalaman manis dan pahit sebagai kenangan dalam sejarah kehidupan... 2011 mula membuka lembaran baru dan kehadirannya kutitipkan bersama doa, azam dan harapan agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Amin.

Thursday, December 16, 2010

Putera William & Kate Middleton dah bertunang :)

Bestnye... Akhirnya selepas 8 tahun bercinta, Putera William dan kekasihnya Kate Middleton mengikat tali pertunangan dan mereka juga dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Setia betul Kate Middleton ni ye... Harap2 kesetiaan aku pun akan berakhir dengan kisah cinta yang indah sebegini. Kelihatan di jari manis Kate Middleton tersarung cincin berlian permata biru yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana dahulu. Seronok melihat kemesraan mereka, semoga mereka bahagia selama-lamanya.


Video temubual eksklusif bersama Putera William dan Kate Middleton





Saturday, December 4, 2010

Cinta, Rindu & Setia




Buat kekasihku,

Cintaku padamu luas, mampukah kau balas? Rinduku padamu banyak, bisakah kau congak? Setiaku padamu tak pernah putus, dapatkah kau rasa ianya tulus? Ia tergenggam dalam jiwaku nan dalam... Ia tenggelam dalam hatiku tidak terselam... Andai kau mengetahui apakah erti cintaku, rinduku dan setiaku padamu, pasti takkan kau betah walau sedetik meninggalkanku.


Friday, December 3, 2010

Berdoa dan terus berdoa...



Aku tidak tahu kenapa aku harus terus begini... menanti dan terus menanti. Adakah 'dia' benar-benar ingin memilikiku? Adakah 'dia' benar-benar tidak akan mempersia-siakan diri ini? Adakah 'dia' akan menyimpul ikatan yang terjalin di antara kami menjadi satu jalinan indah sebagai tanda cinta, kasih dan sayang bersama? Aku tidak tahu apa yang akan terjadi esok hari... Aku tidak tahu apakah yang bakal aku tempuhi pada hari-hari yang mendatang... Aku tidak tahu bagaimanakah kesudahan episod cinta ini... Jawapan bagi setiap persoalan ini hanya Dia yang maha mengetahui, hanya Dia yang bisa menentukan segala-galanya dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untukku. Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar aku dapat mengecapi kebahagiaan di samping insan yang aku sayang... Ya Allah Ya Tuhanku, hanya kepadaMu tempat bermohon, tempat aku berlindung dan juga tempat aku berserah... Kau makbulkanlah doa dan harapanku ini... Amin.

Saturday, September 18, 2010

Puisi Cinta - Illusi


Tiba2 je hari ni feeling semacam je dengar lagu ni...

Friday, June 11, 2010

Demam... :(

Balik kampung je mesti demam... letih betul. Dalam demam2 pun sempat lagi aku gi buat "hair rebonding" hehehe... dah lama duk pendam tu yang buat appointment awal2 dgn salon :) kertas exam budak2 tak tanda lagi... bila la mood rajin aku ni nak datang. Esok kena gi pulak salon buat "hair treatment" pulak, dulu aku buat rebonding takde pulak kena gi buat treatment lepas 3 hari... hmmmm takpela asalkan rambut aku cantik dah la :) 3 hari dah ni tak basah rambut naik pening kepala aku ni... tak sabar nak gi salon esok nak cuci rambut. Semalam aku buat kerja gila lagi, drive keta kelisa (manual) ayah aku semata2 nak jumpa "dia". Kalau nak tau, aku ni penakut giler bawak keta manual... tak suka la gear2 ni... tersengguk2 je keta tu hahaha!!! Apa2 pun terubat rindu gak dpt tgk "dia" setelah berbulan2 tak jumpa. Hari ni "dia" kata nak call tapi tak call2 pun... mana ni, cepatla call :(

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan

Seronoknya berada di kampung halaman (Perlis). Dah lama tak berehat santai di rumah... kalau tiap2 hari macam ni kan best :) Nak tau apa aktiviti aku tiap2 hari? Lepak dalam bilik and online internet. Sekarang ni aku tengah giler dengan lagu "Hilangnya Cintamu" soundtrack film "Lagenda Budak Setan"... khayal je bila dengar lagu ni, terus tenggelam dalam lamunan :) Bila tengok trailer film ni, nampak mcm best je... aku terpesona dengan sinematografinya... ni yang tak sabar nak gi tengok hari Khamis ni :)





Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan

Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...

Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta.



Tuesday, March 16, 2010

Cuti seminggu... balik kampung!!!

Terasa aman dan tenang tatkala menjejakkan kaki di kampung halaman, lupa sekejap kekusutan di perantauan. Namun dalam hati masih dilanda kerisauan. Entah mengapa aku merasakan yang dia seolah-olah telah berubah. Apa salahku? Adakah aku terlalu mendesak? Tapi setahu aku, aku tidak pernah memaksa cuma aku mahukan kepastian.
Sejak dua menjak ni, fikiranku selalu terganggu, air mata tak henti bertamu... adakah dia sudah jemu? Tuhan, tolonglah aku.. kuatkanlah perasaan cinta antara kami.. restuilah cinta kami.. satukanlah kami agar dapat kami mengecap kebahagiaan bersama tanpa sebarang halangan.

"Sayang kuingatkan dirimu bahawa ku tak bisa hidup tanpamu"


Monday, January 18, 2010

Nak balik kampung lagi :(

Semalam aku baru sampai dari kampung.. rasa sedih sangat.. sepanjang perjalanan di dalam bas, mata aku tak henti bergenang air mata dan sesekali mengalir jatuh membasahi pipi. Memang tidak puas balik bercuti hujung minggu... hanya sempat bermalam satu mlm saja. Balik kampung pun tak sempat nak jumpa dia, cuma dapat berbual agak panjang di telefon. Sekarang ni tak sabar pulak tunggu cuti tahun baru cina, cuti seminggu tapi belum cukup buat aku yang berada jauh di sini untuk melepaskan rindu bersama insan-insan tersayang di kampung. Setiap waktu hati aku memberontak untuk bertukar balik ke Perlis tapi berpeluangkah aku selepas setahun di Kajang? Aku harap penantian ini akan berakhir. Tidak sabar rasanya untuk aku mengecapi ketenangan dan kebahagiaan di kampung. Semoga segala-galanya berjalan seperti yang aku harapkan. Amin.

Saturday, January 2, 2010

Kajang...

Sekarang aku di Kajang.. dpt posting kat SK Kajang Utama dan skrg ni aku tinggal di Tmn Kajang Utama. Kwn2 ramai dpt posting di Tjg Karang, Kuala Selangor.. rindu plak kat diorang, dah byk ari tak dgr khabar berita. Rindu kat "dia" gak :p

Wednesday, December 30, 2009

Sedih :(

Celik je mata pagi ni mood aku dah berubah. Rasa sedih sangat nak meninggalkan kampung halaman. Pagi ni juga aku kena bertolak ke Selangor. Esok aku perlu ke PPD Hulu Langat utk ambik surat penempatan sekolah. Ntahlaa.. rasa x bersemangat je dan rasa mcm x bersedia lg nak jadi guru. Baju pun x habis pack lagi. SEDIH ni.. nak nangis :(