Friday, September 9, 2011
Mungkin hari ini...
Thursday, July 14, 2011
Bicara...
Bicara pada angin lalu, bawalah kerinduan melayang ke angkasa, sebarkanlah kemana sahaja agar jatuh ke hamparan cinta... bicara pada lautan bergelora, pertahankan kesetiaan selamanya persis sang ombak menemani pantai, biarpun sering dilanda badai, takkan goyah hati yg dirantai... bicara pada pepohon nan rendang, moga berbunga kasih berbuah sayang, jadi tempat berteduh tika mentari memanah pandangan.. bicara & terus berbicara agar angan menjadi kenyataan.
Friday, July 1, 2011
Kembali Terjalin...
"Menyelak helaian semalam, tinta lalu berlagu syahdu... menyingkap memori silam, terlalu pantas ia bertamu... bisakah puisi-puisi indah berlagu pilu? benarkah madah yang gundah umpama resah yang tiada jemu? Oh pawana yang bertiup lembut... terbangkanlah lara yang tak pernah dijemput, pulangkan bahagia kerna tangan ini setia menyambut, satukan hati dan jiwa agar ikatan utuh bertaut"
Wednesday, June 8, 2011
NH Detoxlim Natural Clenx Tea
Introduction
Natural Clenx Tea™ is a high quality detox slimming tea made from 100 % natural organic green tea and herbs, with no laxatives, no added sugar and no side effects. It has been approved by the Ministry of Health Malaysia and is safe for consumption. It is certified HALAL by JAKIM and complies to international GMP production procedure standards.
Product Features
Recommended Consumption For Best Results
Product Functions
The advantages of colon detoxifying
Highly recommended for
Monday, May 30, 2011
Pandora di hati Siti
MUNGKIN dulu pilihan aksesorinya terbatas, cukup sekadar mengenakan anting-anting sebagai pelengkap gaya glamour tatkala muncul di atas pentas.
Selain gemar mengumpul jam tangan berjenama mewah, Siti juga tertarik dengan rantai tangan ringkas dan comel tetapi menyerlahkan gaya moden.
Tatkala ditawarkan Habib Jewels untuk menggayakan koleksi Moments daripada siri charm eksklusif, Pandora, Siti teruja menceritakan detik awal perkenalannya dengan jenama yang bermula di Copenhagen, Denmark pada 1982 itu.
“Siti mengenali Pandora tahun lalu ketika bersama suami bercuti di Eropah. Suami membawa Siti ke sebuah butik yang menjual aksesori itu namun hati belum terdetik untuk memilikinya.
“Ketika bercuti di Hong Kong, sekali lagi Siti mengunjungi butik Pandora dan mula tertawan dengan koleksinya yang comel serta menarik.
“Melihat reka bentuknya yang bebas disesuaikan mengikut cita rasa sendiri, Siti terfikir mengapa tidak memilikinya bagi melengkapkan penampilan pada hari santai,” katanya yang ditemui di ruang pameran Habib Jewels di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Koleksi pertama rantai tangan Charm Pandora kata Siti, dibelinya bersama suami ketika mereka keluar bersantai di pusat beli belah, Pavilion, Kuala Lumpur.
Siti akui, ketika berada di kaunter itu pancainderanya bagaikan dipukau dengan setiap rekaan charm yang dicadangkan kepadanya.
Setiap satu charm yang dipilih melingkari pergelangan tangannya kata penyanyi Biarlah Rahsia ini, mempunyai makna tersendiri dalam kehidupannya.
Paling istimewa, charm yang mempunyai abjad K iaitu permulaan nama suaminya yang dipilih Siti sendiri sebagai tanda ingatan terhadap suami.
“Siti hampir rambang mata ketika mahu memilih kerana terlalu banyak charm yang menarik dan cantik. Setiap satunya begitu comel, membuat Siti leka menatap.
“Istimewanya Pandora, si pemakai boleh membeli sedikit demi sedikit charm mengikut kesesuaian bajet sebelum ia lengkap menjadi sebuah aksesori yang menawan,” katanya.
Setiap kali menatap rantai tangan itu Siti berkata, ia secara tidak langsung pantas membawanya mengimbas segala detik manis perjalanan yang dilaluinya bersama suami.
Serasi dengan motto Pandora yang memberi penghargaan kepada wanita yang berjaya dalam karier dan kehidupan, memilikinya juga menjadi pelengkap kepada perjalanan hidup Siti sendiri.
“Siti masih belum pandai dalam aspek pemilihan aksesori. Setiap kali jika menginginkan sesuatu koleksi, Siti akan datang bersama suami yang jauh lebih mahir dalam menilai kualiti aksesori pilihan.
“Dia sentiasa memperkemaskan pengetahuannya mengenai setiap koleksi terkini, jadi selalunya apa yang Siti gayakan lebih kepada pilihan dan cita rasa suami.
“Seperti rantai tangan Pandora ini, Siti lihat ia sebagai hadiah yang menyimpan pelbagai kenangan selama menjadi isteri.” katanya.
Apa yang membuat Siti selesa, Pandora boleh digayakannya pada bila-bila masa dan mudah untuk disuai padan dengan persalinan kasual jika dia tidak terikat sebarang persembahan pentas.
“Bagaimanapun, pilihan aksesori Siti akan berubah apabila menghadiri majlis makan malam atau jemputan rasmi. Sering Siti akan memilih aksesori daripada emas, permata atau berlian sebagai pelengkap gaya.
“Tetapi jika terikat dengan persembahan pentas, Siti cuma memerlukan anting-anting bergaya mewah untuk menceriakan penampilan kerana persalinan sudah sarat,” katanya.
Siti berkata, ketika remaja dulu dia selesa bergaya ringkas malah pemilihan aksesori kurang dititikberatkan kerana cenderung dengan suasana hidup yang aktif dan pantas.
Bagaimanapun, perkahwinan dengan Khalid mengubah persepsinya terhadap aksesori. Ia tidak lagi dilihat sekadar pelengkap gaya, sebaliknya membantu menyerlahkan penampilannya di mata umum.
“Banyak perkara mengenai kecantikan dan pemilihan aksesori bersesuaian yang Siti belajar daripada suami. Awal perkahwinan dulu, Siti gemar mengumpul jam tangan.
“Kebetulan suami juga mempunyai minat yang sama, jadi kami berdua sering berkongsi pandangan. Kebelakangan ini Siti semakin tertarik dengan koleksi Pandora.
“Ia boleh dipakai setiap hari dan nampak manis apabila digayakan. Lebih menarik kerana ia menyimpan memori yang tersendiri antara Siti dan suami membuatkan Siti tidak menolak untuk menambah lagi koleksi jenama ini,” katanya.
Saturday, April 16, 2011
nukilanku
telah kuhitung telah kucongak... tiada lagi harapan untuk kasih bersemarak... impian kutinggalkan agar sirna bersama pawana... kubiarkan saja ia berlalu bersama mimpi yang tak pernah menjadi nyata... pintu realitiku bergendang diketuk dan tersedarlah aku dari lena.
♥ bayu berbisik lembut menyapa hati membuai rindu... desiran ombak berlagu syahdu bagaikan mengerti emosi yang bertamu... tika minda tertanya-tanya apa makna getar dan rasa, hati pula berkata-kata mungkin itu namanya cinta ♥
andainya bulan bicara sendiri, itu tandanya malam kesepian... andainya bintang resah menanti, pastinya malam dilanda kerinduan... andainya hati hiba dan sepi, adakah penawar mengubat kelukaan?
~ terdengar pekikan di puncak gunung, bergema amarah seluruh alam... sayunya tangisan di pinggir bukit, mengalir hiba ke muara yang sakit... biarpun dunia semakin kejam dan kelam bukan bererti selamanya suram... pasti nanti hadirnya suria menguntum senyum memujuk rasa menyinar cahaya membawa bahagia ~

