BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, April 16, 2011

nukilanku

telah kuhitung telah kucongak... tiada lagi harapan untuk kasih bersemarak... impian kutinggalkan agar sirna bersama pawana... kubiarkan saja ia berlalu bersama mimpi yang tak pernah menjadi nyata... pintu realitiku bergendang diketuk dan tersedarlah aku dari lena.


♥ bayu berbisik lembut menyapa hati membuai rindu... desiran ombak berlagu syahdu bagaikan mengerti emosi yang bertamu... tika minda tertanya-tanya apa makna getar dan rasa, hati pula berkata-kata mungkin itu namanya cinta ♥


andainya bulan bicara sendiri, itu tandanya malam kesepian... andainya bintang resah menanti, pastinya malam dilanda kerinduan... andainya hati hiba dan sepi, adakah penawar mengubat kelukaan?


‎~ terdengar pekikan di puncak gunung, bergema amarah seluruh alam... sayunya tangisan di pinggir bukit, mengalir hiba ke muara yang sakit... biarpun dunia semakin kejam dan kelam bukan bererti selamanya suram... pasti nanti hadirnya suria menguntum senyum memujuk rasa menyinar cahaya membawa bahagia ~

Friday, March 4, 2011

Pengemis Cinta...



kadang-kadang keegoan terpaksa dilupakan kerana terlalu sayang....
kadang-kadang kesedihan terpaksa diharungi kerana kasih yang mendalam...
kadang-kadang kesunyian terpaksa ditempuhi kerana kerinduan yang tak pernah padam...
mungkin ini harga bagi pengemis cinta dalam sebuah perhubungan...
dan mungkin ini juga hakikat yang terpaksa dilalui walau setiap malamku ditemani tangisan.


Saturday, February 5, 2011

SimplySiti Gold Edition make over!!!



Inilah hasilnya selepas menggunakan set kosmetik SimplySiti Gold Edition... okey tak? feeling2 Tokti le pulak hehehe :p

|
|
|
|
|
|
|
V







Wednesday, February 2, 2011

Impianku... Semoga dimakbulkanNya, amin :)

kena kumpul duit cepat2 ni... hehe :)


Iphone 4


Tag Heuer Aquaracer Quartz




Suzuki Swift :)



Tuesday, January 25, 2011

Menyesal...

Rasa menyesal x gi jumpa... padahal bukannye jauh sgt seksyen 9 tu... perasaan takut dan tak yakin tu yang menguasai diri... skrg baru rasa bersalah dan MENYESAL... rasa nak nangis, meraung sekuat hati... nape jadi camni... :(...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat tinggal 2010... kutinggalkan segala pengalaman manis dan pahit sebagai kenangan dalam sejarah kehidupan... 2011 mula membuka lembaran baru dan kehadirannya kutitipkan bersama doa, azam dan harapan agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Amin.

Thursday, December 16, 2010

Putera William & Kate Middleton dah bertunang :)

Bestnye... Akhirnya selepas 8 tahun bercinta, Putera William dan kekasihnya Kate Middleton mengikat tali pertunangan dan mereka juga dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Setia betul Kate Middleton ni ye... Harap2 kesetiaan aku pun akan berakhir dengan kisah cinta yang indah sebegini. Kelihatan di jari manis Kate Middleton tersarung cincin berlian permata biru yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana dahulu. Seronok melihat kemesraan mereka, semoga mereka bahagia selama-lamanya.


Video temubual eksklusif bersama Putera William dan Kate Middleton