telah kuhitung telah kucongak... tiada lagi harapan untuk kasih bersemarak... impian kutinggalkan agar sirna bersama pawana... kubiarkan saja ia berlalu bersama mimpi yang tak pernah menjadi nyata... pintu realitiku bergendang diketuk dan tersedarlah aku dari lena.
♥ bayu berbisik lembut menyapa hati membuai rindu... desiran ombak berlagu syahdu bagaikan mengerti emosi yang bertamu... tika minda tertanya-tanya apa makna getar dan rasa, hati pula berkata-kata mungkin itu namanya cinta ♥
andainya bulan bicara sendiri, itu tandanya malam kesepian... andainya bintang resah menanti, pastinya malam dilanda kerinduan... andainya hati hiba dan sepi, adakah penawar mengubat kelukaan?
~ terdengar pekikan di puncak gunung, bergema amarah seluruh alam... sayunya tangisan di pinggir bukit, mengalir hiba ke muara yang sakit... biarpun dunia semakin kejam dan kelam bukan bererti selamanya suram... pasti nanti hadirnya suria menguntum senyum memujuk rasa menyinar cahaya membawa bahagia ~
[VIDEO] Netizen Kurang Senang Tengok Anak Sheila Rusly Selamba Peluk Wanita
– ‘Sporting Betul Maknya’
-
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan anak lelaki
kepada pelakon dan pengacara, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail dilihat
selamba meme...
11 hours ago
0 comments:
Post a Comment