Semalam aku baru sampai dari kampung.. rasa sedih sangat.. sepanjang perjalanan di dalam bas, mata aku tak henti bergenang air mata dan sesekali mengalir jatuh membasahi pipi. Memang tidak puas balik bercuti hujung minggu... hanya sempat bermalam satu mlm saja. Balik kampung pun tak sempat nak jumpa dia, cuma dapat berbual agak panjang di telefon. Sekarang ni tak sabar pulak tunggu cuti tahun baru cina, cuti seminggu tapi belum cukup buat aku yang berada jauh di sini untuk melepaskan rindu bersama insan-insan tersayang di kampung. Setiap waktu hati aku memberontak untuk bertukar balik ke Perlis tapi berpeluangkah aku selepas setahun di Kajang? Aku harap penantian ini akan berakhir. Tidak sabar rasanya untuk aku mengecapi ketenangan dan kebahagiaan di kampung. Semoga segala-galanya berjalan seperti yang aku harapkan. Amin.
Nak Tampil Berseri & Menawan Pada Hari Raya Aidilfitri? Pastikan Korang
Buat 4 Perkara Ni!
-
Korang nak tampil cantik dan menawan di pagi Hari Raya Aidilfitri? Hmmm…
korang dah buat 4 perkara ni ke belum? Nak tahu 4 perkara apa yang min
maksudkan...
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment